16 October 2009

HIDUP DALAM HARMONI

Salam sejahtera,
Ahli KACA yang dihormati,

MOTO KACA : LIVING IN HARMONY / HIDUP DALAM HARMONI

Itulah harapan kita semua……….

Untuk tujuan hidup dalam harmoni, AhliJawatankuasa KACA sedang merangka beberapa aktiviti untuk keharmonian hidup yang selamat, selesa, ceria dan bahagia di kawasan kediaman kita, iaitu plot KENANGA.

Oleh yang demikian AJK KACA menyeru dan merayu agar para ahli KACA terus berkerjasama untuk membayar yuran bulanan keselamatan kerana KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA dan kita harus berlaku adil terhadap ahli-ahli yang setia membayar yuran.

Berikut ialah perkara-perkara utama yang telah diputuskan oleh AJK KACA:

KESELAMATAN

1. Menambah tenaga pengawal pada waktu malam
Antara perkara yang diutamakan ialah rancangan meningkatkan pengawasan keselamatan kawasan kita dengan menambah tenaga pengawal pada waktu malam antara 12.00 tengahmalam hingga 6.00 pagi. Keutamaan ini diperlukan kerana terdapat rompakan yang agak kerap di sekitar kejiranan kita seperti MELATI. Oleh itu sebelum ianya merebak ke kawasan kita maka haruslah kita mengambil langkah proaktif dengan mempertingkatkan pengawasan keselamatan diwaktu kritikal. Hal yang demikian hanya dapat dilaksanakan sekiranya semua ahli setia membayar yuran setiap bulan.

2. Menambah pos kawalan di hujung Jalan U16/18
Untuk meningkatkan kawalan, AJK sedang berusaha menambah satu lagi pos kawalan yang lebih baik dan lebih murah, jika ada, untuk ditempatkan di hujung Jalan U16/18.

3. Talian bantuan 24 jam - 0196953114
AJK telah pun menempatkan satu talian bantuan di pos utama pengawal untuk bantuan kecemasan keselamatan. Ahli boleh menghubungi talian tersebut apabila memerlukan bantuan keselamatan dari pengawal pada bila-bila masa.

BLOG KACA & EMAIL

AJK telah mewujudkan blog KACA untuk menyebar maklumat dan untuk ahli-ahli berkomunikasi dan kongsi maklumat dikalangan ahli.
http://kaca-bktsubang.blogspot.com/.
Ahli-ahli KACA juga boleh menghubungi AJK melalui email dengan alamat berikut: kaca_kenanga@yahoo.com



RIADAH

1. Bersantai
Salah satu usaha AJK untuk mewujudkan kemesraan di antara ahli KACA ialah menganjurkan aktiviti bersantai berkeluarga di lokasi perkelahan yang berdekatan sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.

2. Hari keluarga KACA
Aktiviti ini ialah untuk memeriahkan lagi kehidupan ahli dan selesa beramah mesra antara ahli sekeluarga. Dianjurkan ahli-ahli sekeluarga mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan dan permainan yang sihat untuk mewujudkan kesepakatan sekeluarga.

Perkara-perkara diatas adalah sebahagian dari rancangan AJK KACA. Maka untuk merealisasikan rancangan-rancangan tersebut maka kerjasama dari ahli-ahli untuk setia menyumbang yuran keselamatan setiap bulan dan yuran tahunan sangatlah diharapkan dan dialu-alukan.

Untuk pengetahuan ahli sekalian, AJK KACA adalah dilantik oleh tuan/puan untuk berkhidmat secara sukarela tanpa mendapat apa-apa imbuhan malah memberi sumbangan tenaga, idea maupun dalam bentuk hartabenda. Oleh yang demikian adalah wajar semua ahli berkerjasama dalam semua hal untuk mempermudahkan AJK KACA merealisasikan impian bersama dengan jayanya untuk kehidupan kita yang harmonis di Plot KENANGA dengan aman damai dan selesa.


BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
RINGAN SAMA DIJINJING DAN BERAT SAMA DIPIKUL


untuk
HIDUP DALAM HARMONI

Yang berusaha,
K A C A
President & Timbalan
Setiausaha & Timbalan
Bendahari
AJK

03 October 2009

Baro'an - menghidupkan suasana Hari Raya

Alhamdulillah, pada Rabu 30/9/09, kami berjaya memulakan konsep baro'an (ziarah ke rumah-rumah sempena Hari Raya) di perjiranan Kenanga di Jalan Spektrum U16/17. Lawatan pertama jemaah surau Al-Mahdi telah ke rumah Firdaus pada malam tersebut selepas Isyak. Seramai 17 orang jemaah telah sama-sama berselawat dan membaca doa selamat dari rumah ke rumah sahabat yang sudi mempelawa jemaah surau ke rumah mereka. Konsep baro'an ini lebih mementingkan kunjungan dan bukannya hidangan, dan namun kami dihidangkan dengan jamuan yang agak berat di kebanyakan rumah yang dikunjungi. Ustaz Mazlan telah mengetuai rombongan pada kali ini dan sebanyak 8 rumah di Jalan Spektrum U16/17 telah dikunjungi pada malam tersebut. Suasana agak ceria pada malam itu dengan kanak-kanak turut sama berkunjung sambil mengambil kesempatan untuk bermain dengan kawan-kawan.

Semoga konsep ini akan diteruskan pada masa akan datang, dan akan berkembang ke seluruh Perjiranan Kenanga sebagai langkah merapatkan silaturahim.



Di rumah Firdaus (12 Jln U16/17)


Sesuai dengan konsep baro'an, hidangan ringan disediakan.






Di rumah Nazri (6 Jln U16/17)



Di rumah Khairul Az (28, Jln U16/17)


Di rumah Khairul Az





Di rumah Shaharin (30 Jln U16/17)



Jemaah berselawat ke atas Nabi SAW di rumah Shaharin sebelum doa selamat




Di rumah Nasir (36 Jln U16/17)




Di rumah Bazran (42, Jln U16/17)



Di rumah Lofty (54, Jln U16/17)