18 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Bulan Ramadhan 1431 telah tiba lagi menemui kita. Bulan yang begitu mulia bagi umat islam ini menjanjikan kita keampunan, barakah dan rahmat daripada Allah swt. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama merebut peluang yang begitu besar ini kerana sesungguhnya kita tidak tahu samaada kita akan diberi peluang lagi pada tahun hadapan. Sesungguhnya celakalah/malanglah bagi kita jika berakhirnyaramadhan ini, kita tidak mendapat apa2 kebaikan/manfaat daripadanya dan tidak mendapat keampunan dari Allah swt yang maha esa.

Dari itu, pihak AJK KACA ingin mungucapkan 'SELAMAT MENGHARUNGI RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA'. Semoga segala ibadah dan pekerjaan kita ini akan diterima oleh Allah swt dan seterusnya mendapat keredhaan daripadanya.

Terima Kasih.

Daripada,
Presiden dan Semua AJK KACA