03 April 2011

Langkah-langkah Sekuriti Baru

Salam sejahtera kepada semua ahli KACA.

Merujuk kepada surat pekeliling untuk semua penduduk Kenanga & ahli KACA pada 6hb Mac 2011 and kepada mandat yang diberi kepada AJK KACA di mesyuarat Agung ke 3 pada 25hb Julai 2010, dengan sukacitanya diumumkan bahawa langkah-langkah sekuriti baru telah diambil dan berkuatkuasa bermula 1hb April 2011.

Antara aktiviti terkini:

1. Aktiviti pintu ke pintu AJK ke semua rumah penduduk Kenanga (bulan Mac). Buat pertama kalinya dalam sejarah KACA, AJK KACA telah berusaha untuk berjumpa dengan setiap penduduk untuk membincangkan cadangan langkah sekuriti baru dan mendapat maklumbalas dari penduduk. Pihak AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang memberi sokongan. Bagi mereka yang tidak dapat diketemui, silalah berhubung terus kepada Presiden atau mana mana ahli AJK (sila rujuk kepada surat pekeliling 6hb Mac).

2. Syarikat Keselamatan Baru telah dilantik dan telahpun bermula beroperasi. Adalah menjadi harapan pihak AJK bahawa kesemua ahli KACA dan penduduk Kenanga memberi sokongan, kerjasama dan segala kesulitan yang berkaitan dengan langkah-langkah sekuriti baru amatlah dikesali dan pihak AJK KACA akan cuba sedaya upaya untuk menambah baik proses transfomasi baru untuk kebaikan semua.

3. Stiker KACA. Stiker sekuriti baru ini yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini masih boleh dibeli oleh ahli KACA. Untuk mereka yang belum menjadi ahli KACA, adalah menjadi harapan AJK, bagi pihak semua ahli KACA, supaya mereka ini menjadi ahli secepat mungkin. Untuk pengetahuan semua, setiap ahli KACA akan diberi 2 stiker secara percuma (1 untuk rumah dan yang lainnya untuk kereta). Stiker tambahan dijual pada harga RM5 sehelai dan boleh dibeli/tuntut dari mana mana AJK KACA dan juga di pondok sekuriti.

4. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan diadakan pada 26hb Jun 2011. Semua ahli KACA/penduduk dijemput hadir untuk berkongsi maklumat dan memberi cadangan dan pendapat. Inilah peluang anda untuk mengemukakan isu serta solusi yang berkaitan. Pihak AJK KACA juga menerima baik tawaran dari ahli KACA untuk berkhidmat dalam AJK. Segala maklumat selanjutnya akan diumumkan secepat mungkin. Sokonglah AJK KACA (bagi pihak kesemua penduduk Kenanga) dalam usaha untuk menjaga keselamatan kita semua. Jadilah ahli dan sumbanglah kepada keselamatan kita semua. Pihak AJK KACA juga meminta jasa baik penduduk untuk memberi komen dan pendapat secara bertulis atau lisan kepada AJK KACA.

Sekian, terima kasih. Hidup Dalam Harmonis..

AJK KACA