Kepada semua warga Muslimin Kenanga,
Diucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri, semoga Ramadhan yang berlalu membawa berkat dan menjadikan kita insan yang bersyukur. Marilah kita merapatkan silaturrahim dengan berkunjung ke rumah-rumah jiran dan sahabat sambil bermaaf-maafan.
Sekiranya anda bercadang untuk balik ke kampung untuk jangkamasa yang lama, sila hubungi pihak polis atau pengawal keselamatan agar rumah anda dapat dipantau. Berhati-hati di jalanraya dan amalkan sikap bersederhana dalam semua segi - semasa memandu, berbelanja, berhari-raya dan apa jua aktiviti yang dilakukan.
Akhir sekali, jangan lupa bayar yuran sekuriti sebelum bertolak balik kampung.
Jumpa lagi dan maaf zahir & batin.