23 December 2009

HIDUP BERMASYARAKAT

Warga Muslimin Kenanga,

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Mahdi mempelawa warga muslimin Kenanga untuk menyertai Gotong Royong Perdana yang akan diadakan pada hari Sabtu 26/12/09 bermula dari jam 9.00 pagi. Gotong Royong menyediakan tapak khemah separuh kekal ini diadakan antara lain untuk merapatkan silaturahim sesama penduduk dari sekitar Taman Bukit Subang dan merapatkan penduduk dengan surau/masjid. Sehubungan dengan itu, KACA mengalu-alukan penyertaan tuan-tuan di dalam program tersebut. Datanglah beramai-ramai dengan membawa peralatan seperti cangkul, kereta sorong dan lain-lain. Sumbangan ikhlas berupa wang tunai atau barangan seperti pasir, batu, simin dan jubin seramik juga dialu-alukan.

Selamat bergotong royong dan semarakkanlah semangat hidup bermasyarakat yang harmoni.

AJK KACA.