12 July 2010

PERSATUAN KOMUNITI KENANGA (KACA),
TAMAN BUKIT SUBANG, SHAH ALAM, SELANGOR
(No. Pendaftaran: 1647-06-SEL)
7 Jalan Spektrum U16/16, Taman Bukit Subang, 40160 Shah Alam

Notis Mesyuarat Agung Ke 3 Sesi 2009/2010


Kepada Semua Ahli KACA, 13 Julai 2010
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/ Puan.,

Adalah diumumkan bahawa Mesyuarat Agung Ke3 KACA bagi 2009/2010 akan diadakan seperti maklumat yang tertera di bawah ini. Semua ahli sekeluarga dijemput dengan besar hati ke mesyuarat dan majlis kenduri keluarga KACA.

Tarikh: Ahad 25hb Julai 2010
Waktu: 10.00 pagi
Tempat : Jalan Spektrum U16/16 ( Bersebelahan padang bola )
Ketibaan/daftar ahli : 10.00 pagi – 10.30 pagi

Agenda
4.1 Perlantikan Pengerusi Majlis
4.2 Ucapan Presiden
4.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2009
4.4 Pembentangan & Penerimaan Laporan Aktiviti 2009/2010 oleh
Setiausaha
4.5 Pembentangan & Penerimaan Laporan Kewangan 2009/2010
4.6 Pembentangan & Penerimaan Usul-Usul
4.7 Perlantikan Baru Bagi Jawatan-Jawatan:
· Presiden
· Timbalan Presiden
· Setiausaha
· Penolong Setiausaha
· Bendahari
· 5 Ahli Jawatankuasa
· 2 Auditor
· 1 Pemegang Amanah

4.9 Ucapan Presiden Baru
4.10 Penangguhan Mesyuarat
4.11 Menjamu Selera

Usul-Usul Bagi 2010 Untuk Di Bahas dan Disetuju Terima Oleh Ahli

Usul 1: Bayaran Langsung Yuran Bulanan Sekuriti RM50 Ke Akaun KACA Maybank No. 5620 8551 7988
Rasional:
i. Untuk mengelak risiko pengendalian wang tunai oleh pengawal, AJK dan atau Bendahari.
ii. Untuk gunapakai kaedah bayaran yang lebih selamat.
iii. Untuk mengujudkan kaedah bayaran bulanan yang konsisten dan stabil.
Prosidur:
i. Pada setiap hujung bulan ahli akan mengkredit ke akaun KACA melalui ATM pindah/deposit, arahan tetap atau di kaunter bank.
ii. Selepas pembayaran, sila catit nama dan bulan di slip bayaran asal dan fotokopi.
iii. Serahkan salinan fotokopi kepada pengawal keselamatan untuk mendapatkan resit rasmi.

Usul 2: Perlantikan Syarikat Sekuriti Yang Berwibawa Untuk Menjaga Keselamatan Kejiranan Kita

Rasional:
i. Adalah lebih baik diuruskan oleh pihak yang professional.
ii. Mengalih beban kerja daripada AJK mengurus kumpulan sekuriti kepada syarikat sekuriti.
iii. Mengalih beban bayaran insuren nyawa pengawal keselamatan oleh KACA kepada syarikat sekuriti.
iv. Mengalih beban pengurusan yang agak berat daripada AJK .
v. Maka selepas ini, AJK boleh menfokus pada aktiviti-aktiviti tambahnilai kebajikan ahli.
vi. Pengawal keselamatan sediada boleh diserapkan ke syarikat sekuriti dan terus berkhidmat di sini.

Usul 3: Baget Tahunan Untuk Kemudahan Mengadakan Aktiviti-Aktiviti KACA Yang Terancang

Masakini, undang-undang Persatuan memerlukan kelulusan ahli di Mesyuarat Agung untuk perbelanjaan melebihi RM1000. Oleh itu, baget tahunan ini akan membolehkan KACA menganjurkan aktiviti-aktiviti tambahnilai yang diperlukan oleh ahli untuk hidup dalam harmonis tanpa sekatan keadaan.

Setiausaha KACA.

Notis Kehadiran

AJK KACA dengan sukacitanya mempersilakan ahli KACA ke majlis berikut:

Program: MESYUARAT AGUNG & HARI KELUARGA AHLI KACA 2009/2010
Tarikh: Ahad 25 Julai 2010
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Jalan Spektrum U16/16 ( bersebelahan padang bolasepak )

Di samping menjamu selera, ahli-ahli KACA berpeluang untuk mengemas-kini rekod ahli dan menjelaskan yuran ahli sesi 2009/2010.

Datanglah beramai-ramai dan eratkan hubungan silaturahim sesama jiran dan warga Kenanga amnya. Bagi membantu kami membuat perancangan, sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan jawapan kehadiran dengan menghantar slip jawapan ke pengawal keselamatan selewat-lewatnya pada 14/ 07/2010.

Terima kasih.


AJK KACA.